Kamis, 05 Februari 2009

pemuda bani tammim

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum, Bertemu kembali di hari pertama alaf baru. Berikut adalah sifat-sifat tubuh badan yang terdapat pada diri Pemuda Bani Tamim. Sesungguhnya, antara cara untuk mengenali seseorang ialah dengan mengenali sifat tubuhnya. Walaupun bukan mutlak (kerana boleh berubah), ianya sangat membantu untuk mengenali Pemuda Bani Tamim itu. Antaranya: 1. Dia bermisai nipis, berjanggut panjang (tetapi tidak tebal) dan berjambang nipis. Misainya nipis iaitu tidak panjang sehingga menutup mulut dan tidak tebal sehingga terbonjol keluar. Beliau sentiasa menjaga agar misainya sentiasa nipis. Bermisai nipis adalah sebahagian daripada sunnah Nabi SAW. Dalam Ihya Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali disebutkan, orang-orang warak (suluk) adalah orang yang bermisai nipis. Maknanya, setiap wali Allah adalah orang yang misainya nipis. Mempunyai misai nipis adalah tanda orang itu zahid. Pada zaman ini, orang yang bermisai nipis bukan orang yang zahid melainkan yang benar-benar meniti di atas sunnah Nabi SAW. Banyak pula yang tidak bermisai langsung atau mempunyai misai yang tebal. Para ulama yang sezaman dengan Pemuda Bani Tamim itu sama ada mempunyai misai yang tebal atau tidak bermisai langsung. Jika ada yang bermisai nipis pun, sedikit sekali. Janggut adalah sunnah Nabi SAW dan sunnah sekalian Nabi dan rasul sejak zaman dahulu kecuali Nabi Adam AS. Ini kerana Nabi Adam AS memang sejak asal kejadiannya, tidak mempunyai janggut. Janggut itu cuma ada pada anak cucunya sahaja. Hari ini, ramai ulama yang tidak mempedulikan soal janggut dan memandangnya sebagai amat remeh dan tidak perlu diberi perhatian langsung. Malah sudah pun kedengaran suara-suara sumbang 'ulama' yang berkata janggut adalah adat bangsa Arab sahaja dan bukannya suatu sunnah Nabi SAW yang mesti dijunjung tinggi. Mereka ini mengemukakan pula pendapat bahawa semua hadis yang berkaitan dengan janggut adalah hadis dhaif yang tidak boleh dijadikan sumber hukum dalam Islam. Begitulah kata mereka. Dan begitu pulalah jauhnya kesesatan mereka dari kefahaman ajaran Islam. Pendapat ini diberikan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya yang terkenal, al-Jami'us Soghir. Para ulama terkemudian juga ada menyebutkan hal ini sebagai penambahan dari keterangan oleh Imam as-Sayuti itu. 2. Dia bertubuh serba sederhana. Tubuhnya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, bentuk tubuhnya tidak besar (gemuk) dan tidak kecil (kurus). Tubuh badannya adalah serba sederhana, sesedap mata memandang. Sifat sedemikian adalah ciri-ciri khusus yang hanya terdapat pada beliau seorang sahaja. Jika ada orang yang mengaku dirinya Pemuda Suku Tamim tetapi kelihatan tubuhnya besar, gemuk, kecil atau kurus, maka ciri-ciri dirinya itu tidak menepati kehendak dan maksud sebenar Pemuda Bani Tamim. Ciri-ciri ini ada dikemukakan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya al-Jami'us Soghir dan juga berdasarkan keterangan yang turut diberikan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami. 3. Kulitnya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu putih. Dikatakan kulitnya berwarna kuning. Maksud kuning di sini hanyalah kiasan sahaja. Maksudnya ialah, bahawa Nabi SAW menjelaskan bahawa Pemuda Bani Tamim itu memang bukan berkulit Arab kerana orang Arab lazimnya berkulit merah atau putih kemerah-merahan. Hadis ini juga menjelaskan bahawa beliau bukan lahir di negara-negara Arab atau tinggal membesar di negara-negara Arab. Jika Pemuda Bani Tamim itu berkulit seperti orang Arab, mungkin Nabi SAW tidak akan menyebutkan warna kulitnya. Jika disebut pun, akan dinyatakan bahawa "… kulitnya sama seperti kamu." Iaitu sama seperti orang-orang Arab. Hadis Nabi SAW itu hanya menjelaskan secara tersirat bahawa keturunan Pemuda Bani Tamim itu sudah bercampur dengan bangsa Ajam dan hampir sebati dengan bangsa Ajamnya itu, iaitu bangsa Timur. Seperkara lagi, mungkin memang benar-benar kuning warna kulit Pemuda Bani Tamim itu, untuk menafikan jika ada orang yang cuba-cuba mengaku dirinya Pemuda Bani Tamim tetapi kulitnya kelihatan 'agak gelap', maka pengakuannya itu secara automatik akan tertolak. Hadis ini hanya menyukarkan lagi mana-mana peribadi untuk cuba menipu orang Islam awam dengan pengakuan bahawa dirinyalah Pemuda Bani Tamim yang dinanti-nantikan itu. 4. Gigi depannya bersulah, iaitu tumbuh secara hampir membujur. Tiada sebuah hadis pun yang menceritakan tentang hal ini. Tiada pula dari keterangan para tabiin atau tabiit tabiin. Imam as-Sayuti juga tidak pernah menceritakan sifat sebegini dalam mana-mana kitabnya. Keterangan ini dijelaskan oleh ulama-ulama dari kalangan Bani Tamim yang tinggal di Jordan. Pendapat ini juga masyhur di kalangan para ulama hadis di Jordan. Maknanya, perkhabaran ini datangnya daripada orang yang dipercayai oleh masyarakat Jordan, terutama yang berketurunan Bani Tamim atau suku Tamim. Mereka juga sedang sibuk mencari orang yang sifatnya sedemikian, berdasarkan keterangan itu. 5. Dia bertutur dengan bahasa Ajam. Sesuai dengan tempat lahirnya, bangsa Timurnya, persekitarannya dan cara hidupnya di Timur, beliau bertutur dengan pertuturan Ajam dalam urusan hariannya. Namun, beliau masih tetap boleh bertutur dalam bahasa Arab dengan baik dan fasih, sesuai dengan pendidikan dan suasana kekeluargaan yang mendorongnya boleh berbahasa Ajam dan Arab. Keterangan ini ada disebutkan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya yang terkenal itu, al-Jami'us Soghir. 6. Ketika zahirnya, dia termasuk orang yang sukar bercakap. Ketika awal zahirnya ke dunia ini sebagai pemerintah, beliau termasuk orang yang sukar bercakap. Sifat ini bukanlah suatu yang semulajadi, yakni bukan sejak lahirnya tetapi setelah besarnya. Namun, tidak pula dinyatakan dengan lebih lanjut berapa lama beliau sukar bercakap itu. Berdasarkan satu keterangan, beliau akan dapat bercakap seperti sedia kala setelah bertemu buat kali pertama dan berbaiat dengan Imam Mahdi di Baitullahil Haram. Hikmah perkara ini dilakukan adalah untuk menyukarkan sesiapa sahaja yang cuba-cuba mengaku dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim. Jika syarat ini tiada pada dirinya (yakni boleh bercakap seperti biasa), maka dia itu bukanlah Pemuda Bani Tamim yang dinanti-nantikan, sebaliknya adalah penipu yang tidak usah dipedulikan.

sang legenda

Ragam Pustaka

LEGENDA MAKHLUK TERPILIH

KANJENG RATU ADIL
Sang Khalifah Akhir Zaman

QS. 07:181 (Al A’raaf),
Wa mim man khalaqnaa ummatuy yahduuna bil haqqi wa bihii ya’diluun.
Dan diantara orang-orang yang Kami ciptakan, terdapat umat yang memimpin dengan kebenaran dan dengan itu mereka berlaku adil.

Berkata RasululLah SAW,
“Akan muncul seorang lelaki dari ahlulbaitku, namanya seperti namaku, karakter wajahnya seperti aku, dia akan memenuhi bumi dengan kebenaran dan keadilan”. (Sunan al-Muqri: Aqd ad-Durar, Bab 2)

Jangka Jayabhaya
Sang Mapanji Jayabhaya Sri Warmeswara Madhusudanawataranindita Suhrsingha Parakrama Didjayottunggadewanama (Mamenang/Kediri, 1135 – 1157)
TRI TAKALI (Tiga Kelompok Zaman)
Zaman kesatu (permulaan) - Kali Suwara ( 1 - 720)
Zaman kedua (pertengahan) - Kali Srengi / Kali Yuga ( 721 - 1441)
Zaman ketiga (akhir) - Kali Sengara (1442 - 2163)

- [Masa Ratu Adil] - bagian dari Kali Sengara
Di saat inilah Tanah Jawa sejahtera, hilang segala penyakit dunia, karena datangnya raja yang gaib (misterius), yaitu keturunan utama (sebagai) Ratu Tedak Amisan (karena asalnya sangat hina dan miskin menurut pandangan masyarakat umum). Berdirinya tanpa syarat sedikitpun, bijaksanalah Sang Ratu. Kratonnya Sunyaruri (kosong tapi ada, hanya dapat dijumpai oleh mereka yang telah mengosongkan keegoannya). Waktunya masih dirahasiakan. Tuhan membuat kebalikan keadaan. Beliau menjadi raja bagaikan pendeta, adil, menjauhi harta, disebut Sultan Herucakra.

Datangnya Sang Ratu ini tanpa asal (yang jelas), tidak mengadu bala manusia (peperangan yang menumpahkan darah), keagungannya berdzikir namun musuhnya takut. Yang memusuhi pun dapat dikalahkan, sebab Sang Ratu menghendaki kesejahteraan rakyat dan keselamatan dunia seluruhnya.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. ('An Nuur', QS. 24:55)

Kanjeng Ratu Adil (‘Al Muddatstsir’, QS. 74:01) dan Imam Mahdi (‘Al Ghaib’, QS. 02:03) adalah dua orang yang berbeda dalam hal dimensi fisik dan waktu namun sama-sama aulia Allah bergelar nama Muhammad (yang diberikan sendiri oleh Allah) dengan tugas yang sama yaitu sebagai pemimpin umatNya pada akhir zaman. Jika Kanjeng Ratu Adil dihadirkan di Tanah Jawa beberapa abad sebelum kiamat maka Imam Mahdi diturunkan di Tanah Arab pada saat kiamat sudah sangat dekat (sesudah zaman Kanjeng Ratu Adil).

Kanjeng Ratu Adil adalah penghulu di atas penghulu para aulia pilihan Allah yang welas asih namun tegas dalam menegakkan hukum (syariat) Allah SWT. Pada saatnya, Beliau akan hadir dengan Trisula Wedha (bukan merujuk secara harfiah sebagai suatu senjata atau agama, hanya dipahami oleh Beliau beserta para aulia terdekatnya) dan mengenakan pakaian takwa (libaasut taqwaa) QS. 07:26 (Al A’raaf), untuk memimpin dengan adil bijaksana QS. 07:181 (Al A’raaf) dan mengayomi alam semesta sesuai kehendak Sang Maha Pencipta QS 28:77 (Al Qashash).